Showing posts with label faizal yusoff meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label faizal yusoff meninggal dunia. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

TAKZIAH PELAKON ADAMAYA FAIZAL YUSOFF MENINGGAL DUNIA!!

Dalam pada kita bergembira menyambut tahun baru 2011, satu lagi permata di persada seni telah meninggalkan kita. Alfatihah untuk arwah Faizal Yusoff..

Terbaca di blog JMR tadi, yangmana pelakon Faizal Yusoff yang mak minat lakonannya ini telah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang tadi. Terperanjat gile dengan kemergiannya dek kerana sakit jantung di Hospital Pusrawi.

Kepada yang kurang mengenali arwah, faizal ini adalah bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana dan memiliki seorang anak bersama Nordiana. Arwah Faizal Yusoff ini yang baru berlakon dalam drama meletop adamaya aritu. 

Kepada kaum keluarga, terutama kepada anaknya, Salam takziah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Al Fatihah untuknya. Moga, arwah faizal yusoff  di tempatkan dikalangan insan insan yang terpilih.

DariNya dia datang dan dariNya juga kita kembali. Tak akan tertangguh walau sedetik, tak tercepat walau sesaat. Sementara hidup, hargainya apa yang kita miliki sekarang sebelum ia pergi tak kembali dan ianya akan kita sesali.

Al Fatihah...