Friday, January 7, 2011

WORK IN PROGRESS

Yeah. Blog ini dalam pengubahsuaian dan naiktaraf. Mungkin memakan sedikit masa. Terima kasih kerana bersabar dan menyinggah disini. BRB soon bebeh!

Thursday, January 6, 2011

YOUKOSO...SELAMAT DATANG KE JAPANESE VILLAGE DI BUKIT TINGGI!!

Youkoso Japanese Village...
(Selamat Datang ke japanese Village)

Arigatau gozaimasu!
( Terima Kasih )

Kyou wa ii o tenki desu ne?
(Cuaca arini bagus bukan?)

Hai..
( Ya )

Hah kooo..speaking jepun plak mak kali ni. Ko hengat mak tak tau makna bahasa jepun ni?? Tapi memang mak tak tau pun! Gimik je lebey..Ngeee..

Ater, dah penat bergambar berfeeling feeling cam kat kota perancis at Colmar Tropicale tu, mari kita beralih arah ke Japanese Village plak yek. Sikit info untuk korang yang tak tau apa keistimewaan japanese village di bukit tinggti bentong ni, dengar dengar cerita, ketinggian Japanese Village ni setinggi 3500 kaki dari paras laut dan satu satunya perkampungan jepun yang ada di Asia. Waaah! Patutla sejuk semacam je kat sini! So, jom kita tengok plak apa yang menarik kat Japanese Village di Bukit tinggi ni.

Oleh sebab kita dah bayar harga masuk kat pondok pengawal kat bawah bukit sana rm 12 untuk dewasa dan rm 8 utuk kanak kanak tadi, kita parking cantik cantik kat parking hotel ni yang macam castle ni . Nama hotel ni apapun mak tak tau..

Then, mari kita menunggu free suttle bus untuk naik ke japanese village tu. Tak lama pun menunggu suttle bus sebab ada banyak. Tempat menunggu pun bagus, selesa sebab di ruangan terbuka macam tu pun disediakan kipas. Tambah lagi suhu yang sejuk sejuk dingin gitu, nyaman je rasa..mak suka! suka!

Hah! Suttle bus dah sampai! Untuk korang, memang mak high recomendation la naik suttle bus ni sebab kalau nak mendaki bukit tinggi menuju ke japanese village ni, tegaknya 70 -80 darjah koo. Kalau kereta korang gagah perkasa nak daki, rasa mampu nak lenjan, silakan la. Tapi bagi mak la kan, apa guna bayar RM 12 sekepala kalau nak jahanamkan kereta sendiri.

Then, kelemahan drive kereta sendiri naik bukit tinggi ke japanese village ni plak, parking kereta gila jauh!! Lepas korang parking kat car park, korang nak menapak naik ke japanese ni plak, Ya Allah...gila la wei. Naik suttle kalu, sampai ke pangkal simpang dia hantar! Tak mau??

Berpeluh lenjan menapak naik ke sini, kita boleh la sejukkan mata dengan pemandangan yang menghijau. Melaju ajelah jalan jalan kat sini sebab jiwa mak ni bukan jiwa yang sukakan hutan alam cenggini. Mak suka shopping compleks je..Hahaha

Suteki desu ne
( Indah ya..)

Lagi...pokok pokok renek gini, banyak la kat atas bukit tinggi ni. Memang rasa la macam perkampungan jepun tu kan.

Moshi..moshi..
Penat nok! Abis lemak 2-3 kilo mendaki naik ke rumah tea dia. Singgah menepek kat tepi kolam ni jap!

Sampai je kat rumah tea yang disediakan, ada la pakaian kimono kalau korang nak pakai. Sewa ke, percuma ke, mak tatau la plak. Mak just take 5 tengok orang bergambar dalam rumah tea tu then chalooo..

Tak koser la mak nak menerai nerai baju yang beribu riban manusia yang memakai baju tu! Idok ler...Nak pakai punya la hazap, then amik gambar 2-3 minit, dah bukak balik?? Huuuuh...koser

Jalan lagi dalam perkampungan ni sebab kat signboard depan tu tadi kata kat japanese village ni ada garden, rumah tea, spa, suite * untuk yang mampu ler *, kedai cendermata, restoran dan taman botani kan? Rehat lagi kat pondok wakaf puak puak jepun la kot.

Huaaa..bila mak nak feeling feeling sikit, anak dara ni suka arr enterprame!

Japanese bamboo..sebijik macam belakang umah mak den!

Hah! Ada spa kooo. Kalau gini la punya tempat, jangan la korang berani berani tanya berapa harga pakej spa dia nih..mau cekik darah kot! Kerusi urut Ogawa tu kan ada..spa kan ajelah kat situ!

Suite pun ada. Macam pondok pendekar jepun je mak tengok. Orang orang kaya yang duitnya tak tau nak buat apa dah, haa..boleh la kot check in kat sini kalo ndak!

Ce korang baca nama pokok ni. Tau tak apa idea anak anak mak. Depa soh mak buat contest pada korang..teka nama sebenar pokok ni. Punya la banyak budak budak ni snap gambar nama nama pokok dalam japanese village ni! Adehhhh..tak pe..tak pe..at least, they all learn something at here kan?

Seronok tu seronok la gak but kemana pun kita pegi, apa pun yang kita buat, at least ada ilmu, ada input yang anak anak leh dapat. Paling paling cikai, anak anak ada idea nak create karangan nanti. Kan??

Jalan punya jalan, lastly anak dara ni dah capek! Rayuan untuk didukung cepat je bapaknya sahut! 

Oii brader..mak yang hanggun ni tak der sesape nak tolong dukung ke hah?? Tau le mak ni debab sekarang..jalan jalan dalam hutan macam tu pun mengah koo...Punya la tak larat berjalan, rasa main heret heret je kaki ni. Nasib baik dah nak balik kan. Kat bawah nun, ada plak taman botani. 

Iuu..tak larat betul jalan kat sini. Dengan persekitaran yang manarik untuk bersiar siar dengan anak anak sambil menikmati suasana yang cantik cantik kat sini, memang sesuai la buat senaman turunkan berat badan sekali wei...

Dek kerana lenjan berjalan kat tengah panas kat bukit tinggi ni, tambahan plak perut kosong sebab terlewat timing makan lunch, tu pasal kapla mak dah mula weng dalam perjalanan balik ke Bentong!! Tak pe..apapun, mak dah tunaikan hajat mak nak sampai ke Bukit tinggi ni akhirnya. 

Sayonara...Eh korang bila lagi nak datang sini??

Bisik Hati : Mak ada tangkap gambar bunga bunga kat taman botani tu, ndak tengok gak ke??

Wednesday, January 5, 2011

PERASAN MACAM KAT KOTA PERANCIS BILA SAMPAI DI COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI

Pas kita berseronok kat Taman Arnab tadi, kita menuju ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi plak ye. Alaaaa..tempat yang macam kat kota perancis tu la! Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai sini, semasa mendaki bukit naik ke bukit tinggi ni ada post guard gitu kat kaki bukit sana.

Ke Japanese Village dan Colmar tropicale dibukit tinggi tu dikenakan tiket masuk dengan harga RM 12 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak kanak. Ke taman arnab tadi tiket masuk ke taman arnab RM 3 seorang je ok.

Haaa..sampai dah ke Colmar Tropicale nih. Sebijik macam kat perancis wei. Maunya mak tak perasan macam datang ke kota perancis?? Kebetulan ari yang kami sampai ni cuaca cantik sangat, suka arr klip klap klip klap le ngamik gambar!

Tengok gambar tu, awan pun nampak kooo!! Dah nama pun datang bukit tinggi ala ala ke perancis ni untuk mengestest dslr kan..Jom layan gambar gambar yang diambil dengan dslr gajah hitam oleh along tu. Miahaha..

Kira kira macam lokasi wajib untuk bergambar kat sini. Taman bunga gitu. 

Apa yang menarik kat bukit tinggi ni adalah pemandangannya gila cantik yang macam kota perancis dan tenang je suasana kat sini. Kali pertama datang, suka la kan..tapi tak tahu la kalau dah selalu selalu datang..

Mula masuk sini mak terus je terjah hotel yang ada dalam colmar ni. Just servey harga untuk bermalam. Ada hati gitu kaaaan.. Agak agak korang berapa harga hotel untuk bermalam?? Cepat tekaaaa...huh! Lambat..RM 360 per night ye kawan kawan. Korang rasa berpatutan tak?? Mungkin tidak...laju je mak lari cepat cepat!

Ni plak pemandangan dari atas jambatan tu hah. Caaaaaaaantik!! Ada sepasang angsa putih time ni tengah bercinta cinta..sweet je tengok! Tapi time snap ni dia lari dok bawah jambatan

Sampai je kat sini, along dah mulakan operasi dia. Paling dia minat jadikan objek tembakan dslr tu, ni...signbord segala apa yang ada kat kota perancis tu. Restoran, hotel, hospitality, pendek kata semua lah..tak tepek kang, kecik plak ati..hah! Lantakkk.

Ni restoran ke hapa tah..minat tengok sebab stail restoran yang sebijik macam kat perancis! Terasa lapo gak time ni nak makan. Dah..tadi pagi breakfeast kat hotel putra tu just makan bubur nasik je kan. Tengok tengok mana satu restoran yang leh mak masuk untuk lunch..harga makanan? Kalau dah tempat peranginan cenggini, jangan la korang tanya murah ke mahal..santap ajelah!

Tapi, bila dah skodeng menu menu yang disediakan di pintu masuk restoran tu macam meragukan je, hurmmm..tidak la teman!

Eh jap! Mak nak tanya sikit, boleh ke kita makan minum kat satu satu restoran tu kalau dah terang lagi bersuluh menjual minuman yang tidak halal dalam restoran tu?? Mak kurang arif..so, better tak masuk kan.

Ni plak masa naik menara yang ada kat colmar ni. Tinggi giler..mula anak ajak naik, laju laju mak menggeleng. Matik la mak yang debab dengan lemak tepu ni nak mendaki naik setinggi alam tu!

Pusing pusing tower tu, cis..rupanya ada lif der..senyum ajelah mak sampai ke atas tempat tinggi tu! Terkujat cipan budak budak ni bila mak tertojol kat atas nun. Apa taknya, depa bersusah payah berpeluh sakan tercungap cungap mendaki tangga, mak sekelip mata dah sampai! Mak clever maaaar. Miahaha..

Korang perasan tak pic atas tu angah tak ada?? Tak sempat kejar dia, dia dah tekan lif turun ke bawah sendiri, siap said ' good bye ibu '. Bila dah gitu, mak ingat dia okey la bila sampai kat bawah nanti. Amik kesempatan amik 2-3 keping gambar jap. Alih alih...

Anak mak, si angah bobok dah cembeng cembeng nangis kat bawah sebab mak pak dia ilang! Miahaha..besau mak gelak that time sebab still terngiang ngiang ' good bye ibu ' tadi..Hengatkan hebat sangat kalo mak pak tak der..

Last point, kat taman bawah jambatan jalan mula mula masuk tadi. Yang ada sepasang angsa putih. Saja turun ke bawah jambatan ni untuk tengok angsa tu. Tadi menyorok kan. Kali ni cari gak sampai jumpa kat mana tempat dia bertenet! Hiks..

Tuuu..bersunguh sungguh mak turun bawah jambatan ni nak skodeng angsa putih ni tengah bercinta tau! Masa datang tadi berkejar kejaran dalam air tu. Tapi ni depa dah penat main air tadi kot..lepak atas darat ajelah
Tak larat ler nak upload semua gambar yang ada ke dalam nih. Buleh matik cenggini oii..layan ajelah gambar gambar yang mak buat collage gini. Buleh kan..kan tepek 1-1 gambar, muntah plak korang tengok. Hiks..

Apapun, kami sangat enjoy kat colmar di bukit tinggi ni. Siyes, walaupun cuacanya panas, but ada masanya angin yang bertiup tu rasa sejuk sejuk je. Besh! Memang terasa diri tu macam kat kota perancis gitu..Hahaha..tinggi berangan la koooo!

Pasni nak kemana lagi? Dah abis ke cerita bukit tinggi ni..huh! Gila banyak lagi gambar gambar yang ada dalam desk ni kooo. Pasni last check point, kita pi ke japanese village pulak. Ada ke amoi amoi jepun kat atas village tu yek?? Nanti mak pi skodeng ek...

Tuesday, January 4, 2011

AKHIRNYA DIA KEMBALI JUA KEPADAKU!!

Hah nampak tak tuuuu  * cukup muncung tak bibir mak nok *

Setelah berbulan kekasih hati mak ni menjauhkan diri, akhirnya ia kembali ke pangkuan mak! Yessssss...alhamdulillah.

Ini leh jugak dikira hadiah untuk tahun baru 2011 agaknya lah. Tu lah..kasik mak merajuk lama lama kan. Mujur tak sempat nak madukan dia lagi Hihihi..

Walaupun mak sibuk sikit lately ni dengan kerja kerja di opis then mak  hanya sempat membalas jejak kawan kawan setia yang sudi bertandang, Akhirnya mak dihadiahkan sumthing oleh scandal mak nih hah. Thaks dear...saaaaaaaaaaayang koo!!

Hamboi..hamboi..hamboiiii!! * ada macam azwan ali tak?? * Macam tau tau plak yang mak ni makin debab sejak akhir akhir ni yek?? Sesuai sangat ler iklan bizzy body ni bergedik gedik kat bloh pepel mak. Slimkan badan dengan RM 1 je?? Macamana nak slim dengan RM 1?  Phelis cikidaud bebeh..Ater..tuan blog pun nak gak cara cara untuk slimkan badan nyah..

Walaupun trafik mak tak adalah kencang mana kecuali trafik mak mencanak gila naik disebabkan entry ni ahad lepas , alhamdulillah sudi gak pihak scandal mak ni menghadiahkan BE untuk mak. Leh gak tambah tambah rezeki yang ada. 1st BE di tahun 2011 ni...!!

Thanks pada scandal mak~ en nuffnang ler, thanks pada pihak advitiser dan thanks gak pada korang korang yang sudi beri sokongan pada mak. 

Nah Muah doblas kali untuk korang semua

P/s : Pasni kalo mak slim giler giler, sebab iklan ni la kot..hehe

ANIMAL PARK TAMAN ARNAB DI BUKIT TINGGI

Pas jumpa blogger blogger tu main bowling malam tu, then pagi tu  dari Hotel Putra di Pusrawri KL aritu,  mak terus je menuju naik ke bukit tinggi dari KL. Senang! Tak payah nak balik umah. Kalau korang tak tahu macamana nak ke Bukit tinggi, meh mak kasik tau okey. 

*dah rasa macam taurist guide dah* Cara yang paling mudah, dari KL tu korang terus je menuju ke Gombak. Then masuk ke highway Kuala Lumpur - Karak. Dari highway yang menuju ke Bentong tu boleh sampai plak ke bukit tinggi ataupun ke Genting Highland. Tepuk dada, tanya destinasi mana korang nak tuju. Bukit tinggi? Genting highland?

Tapi holiday kami anak beranak nak ke bukit tinggi. Genting Highland dah selalu pegi. Lagipun agenda utama nak mengestest dslr kan..Bukit Tinggi ni la pilihan kami sebab pemandangan dia. Hahaha...

Kat Bukit Tinggi ni, banyak tempat yang boleh kita tuju. But memandangkan anak anak mak ni kan pecinta haiwan, so bagi diorang seronok dulu di animal park ni dulu. Ada yang sebut taman ni taman arnab. Later later baru kita gi ke colmar tropical dan japanese  village kat atas nun.

Kebetulan plak, mengikut kalender Kaum cina tahun 2011 ini adalah tahun arnab kan. Macam kebetulan plak masuk je tahun baru ni mak citer pasal arnab! Sapa yang beranak tahun arnab?? Meh mak citer pasal arnab arnab ni untuk korang nak...Bermula dengan  tiket masuk ke animal park taman arnab ni yang berharga RM 3. Tak kira la ko dewasa otai otai ke ataupun budak budak kenit yek..

Makanan untuk arnab tu pun ada taaaaapi mahalnya lah! Sepaket kenit tak sampai 100gm berat makanan tu dia charge RM2. Huh! Tak pe..niat nak sedekah kat arnab tu, mak beli la untuk anak anak sorang sepaket. Tak beli makanan untuk arnab tu, nak bagi makan apa plak nanti kan? Nak bagi makan jari?? Abis la plak jari anak anak mak kang!

Untuk mak, kita beli lolipop yek! Hahaha..dah lama gila tak jadik budak budak. Offer kat anak anak depa tak mau, haaa mak la ngap! Tetiba plak teringin..boleeey?

Hah! Ni, untuk orang orang tua ataupun mak pak yang tak larat nak mengejar anak anak korang, ada tempat untuk korang berehat dari panas terik tu yek

Ewaaaaaaaaah..angah yang tak berapa berani mulanya.

Akhirnya, hulur jugak makanan kat arnab tu!!

Arnab kat sini memang jinak giler. Thay why la anak anak yang seronok dengan arnab tu semua. Sebenarnya kat taman arnab ni, selain arnab ada gak kuda dan rusa but leceh la nak kena Q la plak untuk tunggang kuda tu. Malassssssss..korang layan ajelah arnab arnab nih!

Tapi, ada sket undang undang kat taman arnab ni yang korang patut tahu. Arnab arnab kat sini memang jinak jinak but korang semua tak dibenarkan untuk mendukung arnab arnab ni ye. Sebab apa?? Mak pun po chi tau! Tanya depa..jangan tanya mak.

Cuma, tu lah..bila korang tak bagi dukung arnab tu, patutnya letak la sign board ke hapa..ni tak, terpekik pekik penjaga arnab ni larang anak cina tu dukung arnab untuk amik gambar. Seb bek mak dengar..kalo mak yang dukung??? Huaaa...maluuuuuuu nok!

So, bila mak dah dengar pekikkan tu, mak just pegang pegang manja buat possing aje ler..!!

Pak yang sedang memantau persekitaran. Ngeee..

Budak kenit ni, makanan arnab tu pun soh pak dia pegang! Manja sungguh laaa..Jaki tol mak tengokkan pangai si anak dara kenit nih.

So?? Dah nama pun taman arnab, tak kan la nak tepek gambar rimau singa bagai kan..cute tak hasil dari petikan si along tu?

Pegang punya pegang, usap punya usap, Alamakkkkkkkk!!!

Huaaaaaa..hampagas tol la! pas mak pegang arnab tu la baru mak perasan. Arnab kat sini mungkin tak dijaga dengan baik. Ada kurap di badan arnab arnab tu!! Terus tak pegang dah binatang tu bila mak dah tau. Apa lagi nak dukung!! Tak koser........

Pegang arnab dah tak lalu, dukung arnab pun tak leh, kita possing aje lah. Miahaha..

Nah! Seketul lagi model sambilan tengah berpossing sakan.
Test power sket...hahaha. Teknik apa pun mak tatau tapi kan besa tengok camera dslr buat cenggini, mak ikut ajelah! Melonjak bukan main tinggi la dema ni suka kan..dah puas ati main arnab arnab tu, meh kita ke lain lak tapi, Eh! pheliss go..go.. wash ur hand first kids!!

Geng boria berbaju biru mengambil kenang kenangan di depan animal park tu. 

Part ni memang venggong bertinggat tingkat punya mak! Bersusah payah kita orang cari orang untuk tolong amik pic ni tau tak! Kebetulan lalu nyonya mana tah, mintak tolong dia. Padahal kan...padahal...

Bukan ke dslr tu mak beli dengan pakej tripod??? Haaaaaaaaih..ketok kepala mak doplas kali!!

Dan dek kerana mak masuk toilet untuk wash my hand la, ce korang skodeng tengok kaki seluar mak tu...Miahaha..eh! Pesen baru ke hapa..

Settle animal park taman arnab nih. Meh kita naik ke colmar tropical dan japanese  village kat atas bukit tinggi  nun plak. Jom! Jom!

Bisik Hati : Amacam JMR?? Ok tak...

Monday, January 3, 2011

DARI HOTEL PUTRA PUSRAWI KE BUKIT TINGGI

Hah koo! Citer yang leh dikatakan dah basi tapi dulik apa mak nak publish pun kan! Ahaks..Sambungan citer ke KL tu kan di pause sementara untuk bagi laluan kepada demam tahun baru last week. Kali ni buleh mak sambung citer tu?

Si along yang excited dapat 'gajah itam'

Masih lagi di dalam Hotel Putra Kuala Lumpur ni yek. Mak nak kasik review sket di hotel putra yang mak dah check in. Pada korang korang yang macam me ni, familiar dengan nama tapi tak tau dimana lokasi hotel putra yang tepat, meh mak repeat  again kasik tau. Hotel ni hak milik hospital pusrawi tu. Sebelah je dengan hospital pusrawi ni. Kerana itulah, kemudahan yang ada dalam hotel putra ni sangat mesra pengguna dan pesakit. 

So, kalau korang ada ahli keluarga yang kena warded kat hospital pusrawi ataupun kat IJN tu, bagi mak, hotel putra ni lah yang terbaik untuk korang stay. Sebeb pe, IJN tu pun cross je jalan dari hotel putra ni. Kalau ada yang nak pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur ( HKL ) pun dekat. Nak jenguk ahli keluarga pun dekat, nak ke tengah bandar pun dekat! Harga berpatutan, makanan pun not bad okey..

Macam yang mak cakap tadi, harga hotel putra ni untuk standard room RM 180 per night termasuk breakfeast for 2 ok. Plan asal - hanya mak pak je nak berdating berdua turun makan. Anak reguest nak makan roti canai pagi tu. But, bila sampai je kat coffee house, dengan breakfeast RM 8 je untuk kanak kanak, mak roger ajelah anak anak turun ke coffee house nih. Nak kisah apa RM 8 kan..kasik ajelah pampers anak anak.

Untuk along dan angah ajelah yang kena bayar. Adik dikira bawah umur lagi. Hah! Tuu...coffee hausenya mengadap jalan besar so betul betul je depan building IJN. 

Macam macam jenis makanan tekak Malaysia la kan. Nasik lemak, mee goreng, roti bakar * mahap nak, roti canai yang korang nak tak der erk* bubur nasik, kuih muih 2-3 jenis dan buah buah pencuci mulut. Pilihan air pun macam biasa la kan, ada 2 jenis air panas, 2-3 jenis air sejuk.

Mak prefer makan bubur nasi dan roti bakar. Along macam biasa la kan...nasik lemak no sambal. Angah plak leh sapu je segala makanan yang ada. Adik plak tak mau makan! 

Caaaait! Jap lagi dah berkicau memekak kata lapar. So, mak paksa dia makan roti bakar. Abis la sekeping..rugi tul bawak sekenit ni makan tempat tempat cenggini * kalo la kepala dia pun dikira la *

Haaa..korang ingat orang yang baru dapat lesen je yang gian pegang streang kereta?? Ni, anak mak nan sorang plak gian memetik metik button dslr yang diorang ni panggil gajah ilham.

Bila anak gian memetik, ibunya la jadik model sambilan!

Sambil sambil menunggu kereta kita sampai, kita possing la kan...hahaha.

Mana destinasi pas ni?? Bukit tinggi ler nok..trip ke KL kali ni mak tak de ati nak bershopping sakan. Tujuan nak beli dslr gajah hitam tu plus plak dapat smartpad tu dah cukup menggembirakan hati mak. Moh kita ke Bukit tinggi plak..Yeeeeeeeehaa!